Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mau?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mau pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya niscaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."
Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia.
jadi janganlah sampai kita masuk kedalam sana, sekuat-kuatnya mahluk yang ada di dunia ini pasti tidak akan ada yang bisa tahan dengan siksaan api neraka tersebut.....Nauzubillahiminzalik.

0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentarlah dengan baik dan sopan.